Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Lubang Misteri Muncul Di Kudat Selepas Penampakan UFO

Imej
Lubang Misteri Muncul di kudat,Sabah Malaysia Selepas Penampakan UFO Penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat, gempar apabila menemui lubang misteri di atas jalan yang didakwa berlaku selepas kejadian aneh cahaya terang menjunam dari langit yang disayki berlaku pada 10 November 2017 lalu. -Sabah Info Gambar di kudat Saksi kejadian John Ukong, 47, mendakwa melihat cahaya putih di udara kira-kira jam 2 pagi Subuh sebelum cahaya berkenaan condong ke bawah namun tidak mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun, keesokan harinya, penduduk yang melalui jalan berkenaan terkejut apabila menemui lubang berkenaan sebelum terus memaklumkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, sebaik menerima laporan, beliau bersama enam anggotanya melawat tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.  Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat satu lubang dengan kedalaman kira-kira 3.6 meter terbentuk di atas jalan kampung berkenaan. "Polis akan merujuk pe...